Catatan

RESEPI AIR JAGUNG PEKAT,MELIKAT DAN MEMIKAT- AIR BALANG

Imej
Nak share resepi air jagung pekat, melikat, memikat...hehe Nak jual di pasar malam boleh, di tepi jalan boleh, di event-event besar pun boleh.  :D Bahan-bahan:- 1. Air RO 3-4 Liter. 2. ½ botol pati jagung double lion 495ml(RM4). 3. 3 tin susu pekat dairy champ. 4. 3 tin susu cair dairy champ. 5. 1 sudu kecil pewarna merah. 6. 1 sudu kecil perisa jagung. 7. 1 tin sweet corn ayam brand 8. 1 beg ais kiub. 9. 2 sudu garam halus. Cara-cara bancuh:- 1. Masukkan air RO dlm balang air yang berkapasiti 30 liter. 2. Masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sekejap. 3. Masukkan pati jagung. 4. Masukkan pewarna dan perisa jagung. Kacau sekejap. 5. Masukkan sweet corn ayam brand. 6. Masukkan garam dan kacau. 7. Masukkan ais kiub 1 beg. 8. Selesai. Air jagung akan bertambah menjadi 15 liter setelah dimasukkan ais. Untuk penuhkan balang air 30 liter, gandakan sahaja bahan-bahan tadi  :D Sila share kepada rakan-rakan anda semua.  :D Jemput melawat page saya : 

Panduan Memulakan Bisnes Air Balang di Bazar Ramadhan

Imej
Panduan Memulakan Bisnes Air Balang di Bazar Ramadhan . Sedar tak sedar tinggal beberapa hari je lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Dan seperti biasa kita sudah tahu datangnya bulan Ramadhan adalah satu rahmat atau kurniaan rezeki yang melimpah ruah terutamanya para peniaga. Ramai lah peniaga yang akan mencari peluang untuk menjana pendapatan sampingan ketika bulan puasa di Bazar Ramadhan. Ada yang nak jual kuih? masakan lauk-pauk? Dan banyak lagi…. Dikatakan masa inilah peluang terbaik untuk menuai sebanyak mungkin pendapatan bak orang kata bisnes sebulan hasil setahun. Persoalannya, masih tidak tahu nak jual apa? Bisnes apa yang paling laris diniagakan di bazar Ramadhan? Pasti anda tercari-cari apa perniagaan atau bisnes mempunyai modal kecil dan menguntungkan? Ini adalah jawapannya…. Bisnes air balang! Dengan mudah kata berniaga air jus buah-buahan…! Kalau anda perasan pergi ke mana-mana bazar ketika bulan Ramadhan mesti ada orang jual air balang. Tahu seba

Brownies Kedut 5 Bahan

Imej
Makan pengsan makan pengsan sb sedap 😂 Resipi Bahan2:- 130g marjerin 450g Beryl's dark compound chocolate 100g tepung penaik BlueKey 180g gula perang 3 biji telur gred B Cara dia:- 1. Coklat Beryl's dark compound + marjerin cairkan (guna kekdah double boil) 2. Dalam bekas lain, campurkan gula perang & 3 biji telur. Kacau 4-5 kali cukup bagi mesra je 3. Coklat + marjerin yang dah cair tadi, kacau siap2. Tengah panas2 tu terus tuang dalam adunan telur + gula perang tadi. Kacau ala2 bagi sebati je 4. Masukkan 100g tepung penaik tadi. Kacau ala2 jugak bagi sebati. Tekniknya kacau kat permukaan je sampai sebati. 5. Alas loyang dgn baking paper. Kalau takda baking paper, sapu loyang dgn marjerin je supaya brownies tak lekat. Sy takda baking paper buat mcm ni okay je 5. Tuang adunan ke dalam loyang molek2 6. Last sekali letak la topping kesukaan, tak letak pun okay je. Sy letak choc chips je 7. Panaskan oven suhu 160. Selepas 5 minit, turunkan ke suhu 150.

RESEPI PIZZA ROTI GARDENIA

Imej
Bahan-bahan: *Roti Gardenia *Keju *Sosej dicelur *Cendawan - potong kecil dan celur *Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa) *Bawang Merah potong halus *Cili besar - potong halus *Daun parsley Cara-cara: 1. Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili. 2. Letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi. 3. Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana. 4. Memilih menu masakan sarapan tidak mudah, lebih-lebih lagi untuk sentiasa memasak masakan yang tidak membosankan, tetapi cepat dan ringkas. Resepi Pizza Roti Gardenia Bakar sesuai dimakan seisi keluarga serta mengenyangkan. Selamat Mencuba 😍😍😍 Kredit : Umi

Red Velvet Susu Cheese Leleh

Imej
Bahan A 200ml susu kotak/1 gelas 2 sdu teh pewarna merah oil base red colour+ 1sk oren(nk guna bright red pon ok) 1 sdu besar cuka satukan smua bhn jgn kacau, biarkn 10 minit. Masa nk msuk dlm adunan bru kacau. Bahan B 200g butter 1 cwn gula halus 3 biji telur mixer butter + gula halus dlm 20 mnit, kemudian masukkn telur 1 persatu..mixer lg dlm 10 mnt + susu tepung 4sb mix sebati Bahan C 2 1/2 cwn tepung gandum 1 sdu kecil serbuk koko 1 sdu kecil baking powder satukn semua bhn C..di ayak bg sebati Bahan D 1 sdu kecil soda bicarbonat 1 sdu besar cuka Caranya 1. Masukkn bhn C berselang seli dgn bhn A ke dlm bahan B 2. Satukn 1 sdu kecil soda bikarbonat dgn 1 sd besar cuka (bahan D)...bila berbuih terus masukkn dlm adunan..kacau rata 3. Sapukn loyang dgn butter..alaskn dgn kertas myk..masukkn adunan Nota *kukus api besa 45 minit (tutup dgn plastik supaya permukaan tidak terkena air) *kalau bakar..guna suhu 170 C selama 40 minit @ ikut oven memasing...tut

Kek Durian

Imej
5biji telur 250g tepung naik sendiri(tpung kek) 180g gula halus 1sudu besar overlet 1sudu kecik baking powder 1sudu kecik asen vanila 1cwn isi durian 50ml susu cair 2sudu besar susu a 7sudu besar minyk masak Isi durian utk hiasan di ats Loyg 8 inci Kertas minyk Cara2 Pukul telur smpai kembng pas tu masukan gula,overlet,susu pekat pukul lg smpai debating masukan tepung dgn baking powder pukul sebati last skali masukan minyk pukul dgn senduk kayu kaedah kaub balik bakar suhu 150 1jam Credit: Siti Aisyah sitiaisyah

Rendang/Serunding Pucuk Ubi

Imej
1 ikat pucuk ubi - diambil daunnya dan dipotong 3 2 biji kelapa 2 sb cili kisar 2 sb rempah kari 1/2 cawan ikan bilis 2 batang serai - dititik garam Bahan tumbuk: 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2" kunyit hidup 1.  Kelapa diperah untuk lebih kurang 600 ml santan. 2.  Masukkan bahan tumbuk, rempah kari, cili, serai, ikan bilis, santan dan garam dalam kuali.  Masak hingga pekat sambil dikacau-kacau. 3.  Akhir sekali  masukkan daun pucuk ubi.  Daun pucuk ubi memang kena dimasukkan semasa kuah itu hampir kering.  Masak lagi hingga kering dan ikan bilis tu nampak garing. Jika dimasak basah-basah sikit macam rendang basah pun sedap.