RESEPI AIR JAGUNG PEKAT,MELIKAT DAN MEMIKAT- AIR BALANG


Nak share resepi air jagung pekat, melikat, memikat...hehe
Nak jual di pasar malam boleh, di tepi jalan boleh, di event-event besar pun boleh. 
Bahan-bahan:-

1. Air RO 3-4 Liter.
2. ½ botol pati jagung double lion 495ml(RM4).
3. 3 tin susu pekat dairy champ.
4. 3 tin susu cair dairy champ.
5. 1 sudu kecil pewarna merah.
6. 1 sudu kecil perisa jagung.
7. 1 tin sweet corn ayam brand
8. 1 beg ais kiub.
9. 2 sudu garam halus.
Cara-cara bancuh:-
1. Masukkan air RO dlm balang air yang berkapasiti 30 liter.
2. Masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sekejap.
3. Masukkan pati jagung.
4. Masukkan pewarna dan perisa jagung. Kacau sekejap.
5. Masukkan sweet corn ayam brand.
6. Masukkan garam dan kacau.
7. Masukkan ais kiub 1 beg.
8. Selesai.

Air jagung akan bertambah menjadi 15 liter setelah dimasukkan ais. Untuk penuhkan balang air 30 liter, gandakan sahaja bahan-bahan tadi 
Sila share kepada rakan-rakan anda semua. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Brownies Kedut 5 Bahan

Panduan Memulakan Bisnes Air Balang di Bazar Ramadhan