Panduan Memulakan Bisnes Air Balang di Bazar Ramadhan
Panduan Memulakan Bisnes Air Balang di Bazar Ramadhan. Sedar tak sedar tinggal beberapa hari je lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Dan seperti biasa kita sudah tahu datangnya bulan Ramadhan adalah satu rahmat atau kurniaan rezeki yang melimpah ruah terutamanya para peniaga. Ramai lah peniaga yang akan mencari peluang untuk menjana pendapatan sampingan ketika bulan puasa di Bazar Ramadhan. Ada yang nak jual kuih? masakan lauk-pauk? Dan banyak lagi….
Dikatakan masa inilah peluang terbaik untuk menuai sebanyak mungkin pendapatan bak orang kata bisnes sebulan hasil setahun. Persoalannya, masih tidak tahu nak jual apa? Bisnes apa yang paling laris diniagakan di bazar Ramadhan? Pasti anda tercari-cari apa perniagaan atau bisnes mempunyai modal kecil dan menguntungkan?
Ini adalah jawapannya….
Bisnes air balang!
Dengan mudah kata berniaga air jus buah-buahan…!
Kalau anda perasan pergi ke mana-mana bazar ketika bulan Ramadhan mesti ada orang jual air balang. Tahu sebab apa? Sebab utamanya adalah air balang ni memang banyak permintaan. Tambahan lagi dengan keadaan cuaca sekarang yang agak panas, sudah pasti air akan jadi pilihan ramai!
Persoalannya ada ke orang nak beli air dari kita? Ade je peniaga lain yang turut berniaga air balang sama seperti aku? Maklumlah, nak buat bisnes air balang ni tidak memerlukan modal yang besar dan tinggi. Biasanya sekitar RM1000 sudah cukup untuk memulakan bisnes air balang. Sebab itulah kebanyakan peniaga yang cuba jual bisnes air balang di bazar Ramadhan.
Maka wujudlah persaingan antara peniaga dengan peniaga !
….
Berapa Modal Bisnes Air Balang Sebenar?
Kos permulaan bisnes air balang agak rendah dan untungnya BESAR! Untuk permulaan anda perlu sediakan kos membeli kanopi, meja dan bekas air balang lebih kurang RM900. Manakala kos untuk membuat air pula sekitar RM100 setiap hari bergantung kepada jenis yang ada jual.
Potensi Jualan dan Untung!
Sebagai contoh jika anda jual 5 air balang, modal harian dalam sekitar RM110. Setiap balang air yang bersaiz 33 liter dan hanya boleh dapat 30 bungkus. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM2.50.
Jadi, jualan harian anda akan dapat jumlah sebegini = RM2.50 x 30 x 5 = RM375
Tolak modal harian, maka jadi = RM375 – RM110 = RM265
Cuba anda darabkan dengan jumlah hari anda bekerja dalam sebulan di bazar ramadan, misalnya 28 hari (tolak 2 hari balik kampung).
Kiraan, RM265 x 28 = RM7420
Maka, anda dapat UNTUNG = RM7420 hanya sebulan!
Anda jangan risau …bagaimana nak dapat keuntungan banyak ini!
Mari saya tunjukkan pada anda bagaimana seorang brader ini menjana RM7k sebulan hanya bisnes air balang jus buah-buahan. Anda nak tahu apa yang menariknya… pendapatan yang diperolehi dengan hanya meniaga 3 air balang sahaja di satu lokasi bazar ramadan.
Hebatkan!
Sebenarnya nak jual bisnes air balang pun kena ada strategi dan perancangan untuk cara memulakan bisnes air balang yang menguntungkan. Kalau tak air balang yang kita niaga tidak laris dan sudah tentu tidak memberi pulangan yang memuaskan.
Ulasan
Catat Ulasan