Brownies Kedut 5 Bahan



Makan pengsan makan pengsan sb sedap 😂

Resipi

Bahan2:-
130g marjerin
450g Beryl's dark compound chocolate
100g tepung penaik BlueKey
180g gula perang
3 biji telur gred B

Cara dia:-
1. Coklat Beryl's dark compound + marjerin cairkan (guna kekdah double boil)
2. Dalam bekas lain, campurkan gula perang & 3 biji telur. Kacau 4-5 kali cukup bagi mesra je
3. Coklat + marjerin yang dah cair tadi, kacau siap2. Tengah panas2 tu terus tuang dalam adunan telur + gula perang tadi. Kacau ala2 bagi sebati je
4. Masukkan 100g tepung penaik tadi. Kacau ala2 jugak bagi sebati. Tekniknya kacau kat permukaan je sampai sebati.
5. Alas loyang dgn baking paper. Kalau takda baking paper, sapu loyang dgn marjerin je supaya brownies tak lekat. Sy takda baking paper buat mcm ni okay je
5. Tuang adunan ke dalam loyang molek2
6. Last sekali letak la topping kesukaan, tak letak pun okay je. Sy letak choc chips je
7. Panaskan oven suhu 160. Selepas 5 minit, turunkan ke suhu 150.
8. Bakar selama 45-50 minit, suhu 150, api atas bawah (bergantung oven memasing ya).

Credit:fb farwin amellia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI AIR JAGUNG PEKAT,MELIKAT DAN MEMIKAT- AIR BALANG

Panduan Memulakan Bisnes Air Balang di Bazar Ramadhan